Friday, March 30, 2007

Tuas


Pagi esok 31hb Mac 2007 bersamaan 12 Rabiulawal 1428H, kami akan meneruskan aktiviti memancing, kali ini di perairan Tuas, Yan, Kedah. Kami akan menaiki bot dari Kuala Dulang Kechil pada pukul 7 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Trip kali ini diketuai oleh Own dan seorang tekong berpengalaman, bersama 4 orang lagi, Aku, Salmi, Zakri dan Azizi . Azizi demam sejak hari Isnin lepas dan petang ini akan dapat pengesahan sama ada dia ON atau tak.

Nantikan blog update minggu depan insyaAllah bersama gambar2 hasil tangkapan kami.

p/s: ini first time aku nak pi mancing kat tengah laut.

Tuesday, March 20, 2007

Hujung Muara


12 orang pemancing bermalam di Chalet Terapung, Bukit Kechil pada 16-Mar-07. Antara hasil tangkapan, ikan gelama, duri,ketutu/ubi, sembilang. Fishing trip dikendalikan oleh Asri dan disertai oleh Azizi, Zam, Salmi, Rizal Ree, Nasir, Zai, Sepupu Zai, Nizam, Man Dawad dan aku sendiri. Tengok gambar kat sini http://picasaweb.google.com/sinaso.sa/FishingTrip .

Message from Asri:

Salam!
Terimakasih semua krn telah sudi hadir dan menjayakan trip memancing kali ni.
Trip kali ni lebih berhasil dpd trip yg lalu, namun kegemilangan Nasir telah dipintas oleh Suhaimi sebagai pendatang baru dlm dunia pemancingan.
Tangkapan terbesar diperolehi oleh Safrizal dgn ikan durinya (tapi joran tu Zai yg punya – sebab dia tidoq)…hasil amat lumayan dgn ikan glamer dan duri.
Ikan unik kali ini dinaikkan oleh Azizi dgn kerapu singa@ubi@ketutu (entah apa ka nama yg betoi pun tak tau) dan sepsis udang yg menyerah diri kpd Azizi
untuk dibuat umpan.
Tangkapan pertama Mat Nat menghasilkan sembilang. The only one pd malam tu.
Thanks to Din yg sponsor roti canai.
And…thanks to Salmi dan sepupu Zai yg rajin memasak.
Hope to get same response utk trip Pulau Bidan in 1.5 to 2 months yg akan dtg! (arrange by Nizam Mat Nat)


Kepada sesiapa yg nk comment dlm blog ni, kalau boleh gunakan nama yg boleh dikenali.