Monday, April 30, 2007

Tuas - Marlin



Assalamualaiknum....

Nampak gayanya trip kali ini kurang memuaskan, hanya 2 ekor tenggiri bersaiz 3 kilo berjaya dinaikkan. Sekurang2nya 6-7 ekor tenggiri benjaya melepaskan diri disebabkan beberapa masalah teknikal. Mangsa pertama adalah seekor LAYARAN (Marlin), tapi apakan daya...persediaan yang dibuat bukanlah untuk melayan rentapan Marlin yang ganas itu dan akhirnya bebas semula ia untuk mengusai lautan. Untuk next trip, saya sendiri akan lebih bersedia untuk melayan Marlin dan nampak gayanya terpaksalah berbelanja lebih untuk membeli kelengkapan yang bersesuaian untuk melayan Marlin.

Wednesday, April 25, 2007

Tuas Lagi

Assalamualaikum,

Setelah berjaya menjinakkan 7.8kg tenggiri pada trip yang lepas, kaki-kaki pancing semakin bersemangat untuk ke Tuas. 5 orang pemancing akan menyertai trip kali ini termasuk Lee Jung Su (Korean expatriate).

Date : Saturday (28/4/2007)

Below are the team members for next trip.
Nazrulnizam – Confirm
Asri – Confirm
Azizi – Confirm
Salmi – Confirm
Lee Jung Su – Will confirm soon

Boat will be leave from Kuala Dulang around 7.00am to 7.30am.

Isa dan aku nak pesan(beli) ikan kat depa ni. Tekong kata pantang kalau ada orang pesan2 ni. Tapi kalau depa bagi free insyaAllah boleh dapat banyak ikan. Pesanan kepada Nizam, kali ni tangkap gambar(dgn hasil tangkapan) banyak sikit.

Tunggu update next week.

Sunday, April 1, 2007

Tuas Update


Lihat gambar di atas. Itulah kepuasan yang kami rasakan setelah seharian di atas bot. Dengan air laut yang deras, terhoyong-hayang di atas bot dan ada juga yang tewas dengan pukulan laut Tuas, hasil yang kami dapat sememangnya berbaloi. 9 ekor tenggiri(7.8kg gambar atas), berkilo-kilo cencaru, kerisi, termenung dan seekor banang.

5.00 pagi aku, Salmi dan Zakri bertolak dari Tol Sg Dua ke Tanjung Dawai(rumah Own). Selepas solat subuh dah minum secawan teh kami terus ke Kuala Dulang Kechil. 7.45 pagi kami memulakan perjalanan ke Tuas. Tekong bot, Abang Chot dan seorang pembantu bersama kami 4 orang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam. Memang rezeki kami hari itu. Kebiasaannya tenggiri muncul pada tengahari tapi hanya selepas 10 minit kami di Tuas, seekor tenggiri dapat abg chot naikkan dan bermulalah pesta tenggiri.


Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini, tak lupa kepada Zai kerana bagi pinjam rod kat aku.