Tuesday, March 20, 2007

Hujung Muara


12 orang pemancing bermalam di Chalet Terapung, Bukit Kechil pada 16-Mar-07. Antara hasil tangkapan, ikan gelama, duri,ketutu/ubi, sembilang. Fishing trip dikendalikan oleh Asri dan disertai oleh Azizi, Zam, Salmi, Rizal Ree, Nasir, Zai, Sepupu Zai, Nizam, Man Dawad dan aku sendiri. Tengok gambar kat sini http://picasaweb.google.com/sinaso.sa/FishingTrip .

Message from Asri:

Salam!
Terimakasih semua krn telah sudi hadir dan menjayakan trip memancing kali ni.
Trip kali ni lebih berhasil dpd trip yg lalu, namun kegemilangan Nasir telah dipintas oleh Suhaimi sebagai pendatang baru dlm dunia pemancingan.
Tangkapan terbesar diperolehi oleh Safrizal dgn ikan durinya (tapi joran tu Zai yg punya – sebab dia tidoq)…hasil amat lumayan dgn ikan glamer dan duri.
Ikan unik kali ini dinaikkan oleh Azizi dgn kerapu singa@ubi@ketutu (entah apa ka nama yg betoi pun tak tau) dan sepsis udang yg menyerah diri kpd Azizi
untuk dibuat umpan.
Tangkapan pertama Mat Nat menghasilkan sembilang. The only one pd malam tu.
Thanks to Din yg sponsor roti canai.
And…thanks to Salmi dan sepupu Zai yg rajin memasak.
Hope to get same response utk trip Pulau Bidan in 1.5 to 2 months yg akan dtg! (arrange by Nizam Mat Nat)


Kepada sesiapa yg nk comment dlm blog ni, kalau boleh gunakan nama yg boleh dikenali.

5 comments:

me said...

Bagus, teruskan usaha memancing anda. Janganlah buang sampah di merata-rata atau mana-mana jua dalam sungai itu. Kebersihan kita, tanggungjawab kita.

Apabila sungai tercemar, maka tiadalah lagi ikan untuk kita pancing. Ini akan menyebabkan Azizi kehilangan hobinya sebagai kaki pancing samada di muara sungai atau lautan. Maka terpaksalah Azizi memancing di kolam dalam rumahnya sahaja.

Anonymous said...

Pada pendapat pak cik laa..blog nie kena tambah satu ruang lagi untuk info...contoh nya cam mana nak ikat mata kail,perambut dan ....boleh la membantu kengkawan yg baru nak join...hehehe

Anonymous said...

salam!
Molek la buat ruangan ni. Tapi kena promosi lebih Mie. Ramai member lain yg tak tau kewujudan blog misteri nih.
Molek pandangan Pak Agg tu sebab selain menjadi aktiviti sesama kita, blog ni boleh juga dijadikan medan berkongsi ilmu utk future activity.

Anonymous said...

Gaji dah masukkk!! boleh beli pancingg lerrrr

Anonymous said...

Bagi update sket ttg Tuas...hasil puas ke atau puas mabuk? Hehehe...