Sunday, April 1, 2007

Tuas Update


Lihat gambar di atas. Itulah kepuasan yang kami rasakan setelah seharian di atas bot. Dengan air laut yang deras, terhoyong-hayang di atas bot dan ada juga yang tewas dengan pukulan laut Tuas, hasil yang kami dapat sememangnya berbaloi. 9 ekor tenggiri(7.8kg gambar atas), berkilo-kilo cencaru, kerisi, termenung dan seekor banang.

5.00 pagi aku, Salmi dan Zakri bertolak dari Tol Sg Dua ke Tanjung Dawai(rumah Own). Selepas solat subuh dah minum secawan teh kami terus ke Kuala Dulang Kechil. 7.45 pagi kami memulakan perjalanan ke Tuas. Tekong bot, Abang Chot dan seorang pembantu bersama kami 4 orang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam. Memang rezeki kami hari itu. Kebiasaannya tenggiri muncul pada tengahari tapi hanya selepas 10 minit kami di Tuas, seekor tenggiri dapat abg chot naikkan dan bermulalah pesta tenggiri.


Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini, tak lupa kepada Zai kerana bagi pinjam rod kat aku.

6 comments:

Anonymous said...

Mie tak pegang joran pun..takan mabokk kotttt....

Anonymous said...

Hahahahah...bravo...nie baru mengail nama nyer...
p/s: frust tak leh join trip nih.

Anonymous said...

AGG, jgn frust. Ni Own nk pi pulak.. dia tengah gian. Tenggiri besaq tu dia timbang 7.8KG. Ada orang dpt 9 ekoq besaq2 tu semua.. tu yg dia tak tahan nk pi plak..

Anonymous said...

Tu kaaa...kalu nak pi lain habaq la noooo....gersang dah nihhh..

Anonymous said...

memang teruja betoi aku tgk gambaq Own tu. Huh...tabik!
Err..bila hang pi pulak Own?? Hehehe...

Anonymous said...

Mie...apasal tak nampak hang bergaya dengan tangkapan hang pon? Adakah hang telah mendapat mabuk free? Hahaha...
Tak pa..itulah pengalaman berharga hang yg akan hang kenang seumur hidup hang. Keep it up!